Cleveland Guardians
Cleveland Guardians

Cleveland Guardians

Cleveland Guardians merupakan pasukan besbol profesional Amerika yang berpusat di Cleveland. Guardians telah beraksi di Major League Baseball (MLB) sebagai anggota American League (AL) Central. Sejak tahun 1994, pasukan ini telah beraksi di gelanggang Progressive Field. Sejak penubuhan pasukan sebagai pelopor Major League pada tahun 1901, pasukan ini telah menjuarai 11 pennant American League dan dua kejuaraan Siri Dunia (pada tahun 1920 dan 1948). Kemarau Siri Dunia sejak tahun 1948 merupakan kemarau terpanjang yang masif aktif dalam kalangan 30 pasukan Major League kini.[1] Nama samaran pasukan ini ialah Guardians of Traffic, sebagai rujukan kepada ukiran tugu Art Deco 1932 oleh Henry Hering yang terletak di bersebelahan Progressive Field.[2][3] Maskot pasukan ini ialah "Slider".[4] Fasiliti pasukan ketika latihan musim bunga ialah di Goodyear Ballpark di Goodyear, Arizona.[5]Pasukan ini pada awalnya dikenali sebagai Grand Rapids Rippers pada tahun 1894. Taraf pasukan ini sebagai pasukan minor league telah berpusat di Grand Rapids, Michigan dan beraksi di Western League. Pasukan ini kemudiannya berpindah ke Cleveland pada tahun 1900 sebelum nama pasukan berubah menjadi Cleveland Lake Shores.[6] Western League juga berubah nama menjadi American League sebelum musim 1900 manakala pasukan ini terus mengekalkan statusnya sebagai pasukan minor league. Apabila American League diisytiharkan sebagai major league pada 1901, Cleveland menjadi salah satu daripada lapan pasukan awal yang menyertainya. Dengan mengguna pakai nama Cleveland Bluebirds atau Blues pada awalnya, pasukan ini secara tidak rasmi disebut Cleveland Bronchos pada tahun 1902. Mulai tahun 1903, pasukan ini dikenali sebagai Cleveland Napoleons atau Naps, sempena nama kapten pasukan mereka iaitu Nap Lajoie.Berikutan pemergian Lajoie pada musim 1914, pemilik kelab Charles Somers meminta penulis besbol untuk mencadangkan nama baru untuk pasukan. Mereka telah memilih nama Cleveland Indians sebagai penghargaan nama samaran yang diberikan oleh peminat kepada pasukan Cleveland Spiders ketika Louis Sockalexis, seorang orang asal Amerika beraksi untuk pasukan.[7][8] Nama terus melekat dan digunakan selama lebih daripada satu abad. Nama samaran lain yang biasa digunakan untuk Indians ialah "the Tribe" dan "the Wahoos" (Wahoo merujuk kepada logo lama, Chief Wahoo). Selepas Indians dilanda kontroversi kesan daripada kontroversi maskot orang asli Amerika, pasukan ini mengguna pakai nama Guardians mulai musim 2021.[9][10][11][2][12]Sehingga penghujung musim 2022, rekod menang-kalah Guardians secara keseluruhannya ialah 9,684–9,214.[13]

Rujukan

WikiPedia: Cleveland Guardians http://www.cbssports.com/mlb/news/now-that-the-cub... https://web.archive.org/web/20180614073358/https:/... https://www.mlb.com/news/cleveland-indians-change-... https://web.archive.org/web/20210723143028/https:/... https://www.sportsnet.ca/mlb/article/cleveland-mlb... https://web.archive.org/web/20210723144925/https:/... https://www.mlb.com/guardians/fans/slider https://web.archive.org/web/20211119071303/https:/... https://www.mlb.com/indians/spring-training/ballpa... https://web.archive.org/web/20171208201234/https:/...